SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA

KAMI HANYA ORANG TENGAH

Kami hanya sebagai orang tengah yang mengutarakan isu ini

kami tidak menyokong dan tidak membantah

poster

Wednesday, February 25, 2009

SOLAT @ YOGA

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah
pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan
sambil berzikir dengan ayat al-Quran.
“Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan
ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana
pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu,"http://groups.google.co.uk/group/sangkancil/browse_thread/thread/8fe6047ce18f1289/7b2d2fbb32f09272?show_docid=7b2d2fbb32f09272

apa makna FATWA bagi orang yang tak faham

Bila pengkid difatwakan haram, ramai perempuan yang melatah melompat-lompat tak suka dengan fatwa tersebut. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedas. Hari tu ada lak golongan-golongan yang tak suka fatwa ni buat demonstrasi kat KLCC. Yang buat demonstrasi tu pulak, bukannya orang Islam pun. Apa itu fatwa ?

Apa itu Keputusan fatwa & Fatwa?

KEPUTUSAN FATWA

Dari segi Bahasa
memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama

Dari Segi Istilah
Penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan.

FATWA
Fatwa ialah keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.

PROSES MENGELUARKAN KEPUTUSAN
Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah samada di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan.

SYARIAT FATWA DALAM ISLAM

Islam mensyariatkan umatnya bertanya kepada orang yang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukumnya.

SKOP Fatwa

Isu atau maalah yang timbul dalam msayarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
Pendapat yang berbeza antara ulama yang memerluan pemilihan(tarjih)
Isu-isu yang telah difatwakan di negar-negara lain yang perlu isesiakan mengikut keadaan setempat.
Isu-isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Sumber - http://www.e-fatwa.gov.my/e-fatwa.asp

Jadi, orang yang buat demonstrasi tu sepatutnya kaji dulu sebelum bertindak. Ni tak, ikut perasaan je.

Tonton video demonstrasi tu kat sini.

Tuesday, February 24, 2009

Pandangan Ahli Muzakarah

Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

???


Sunday, February 22, 2009

http://amdang81.blogspot.com/2008/11/yoga-majlis-fatwa-tepat-intis.html

YOGA…HARAM!


Majlis Fatwa Kebangsaan menyebut yoga yang diharamkan itu ialah ‘amalan yoga secara sistematik yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan.’
Di sini timbul soalan: apakah yoga yang diamalkan di negara ini bukan yoga yang sistematik dan menurut konsep asalnya yang merupakan satu bentuk meditasi dan memang berkait dengan amalan agama? Apakah ada konflik antara konsep dengan amalan?
Kalau yoga yang diamalkan di negara ini hanya semata-mata gerakan senaman dan langsung tiada kaitan dengan konsep asal, apa pula hukumnya?
Mungkin dalam hubungan ini apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu ada persamaan dengan satu gerakan seni silat yang dikenali dengan Nasrul Haq yang diharamkan pada 1970-an.
Meskipun pada tahap awal pengajaran seni mempertahankan diri ini didapati tiada sebarang kesalahan dari segi agama, konflik timbul apabila seseorang pelajar sudah menguasai seni tersebut sepenuhnya sehingga mereka mampu menumbangkan musuh mereka tanpa menyentuh musuh berkenaan secara fizikal.
Pengikut silat yakin kehebatan itu adalah mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka kerana tidak meninggalkan solat, sedangkan semua orang tahu bahawa lebih ramai ulama yang lebih taat bahkan Rasulullah sendiri tidak pernah diberikan mukjizat sedemikian. Akhirnya pengikut Nasrul Haq menjadi sombong, riak dan takbur.
Pengamal yoga juga mungkin boleh jadi begitu pada kemuncak pengembaraan mereka apabila mereka merasakan diri dan roh mereka sudah bersatu dengan Tuhan. Wallahualam.
Bagi penganut bukan Islam yang mengkritik fatwa berkenaan, mereka perlu menerima hakikat bahawa fatwa yang dimaksudkan itu untuk orang Islam saja. Mereka yang bukan beragama Islam tidak tertakluk dengannya.
Seperkara yang harus difahami ialah istilah ‘haram’ yang diguna pakai di sini adalah dalam konteks agama. Ia berbeza dengan kegunaan biasa dalam bahasa Melayu.
Untuk pengetahuan penganut bukan Islam, dalam Islam ada empat hukum asas yang menjadi pegangan orang Islam dalam kehidupan harian mereka, iaitu halal, haram, makruh dan harus. Perkara atau perbuatan yang halal adalah yang dibenarkan oleh syarak. Yang haram adalah yang dilarang sama sekali dan jika dilakukan jua, orang yang melakukannya berdosa.
Perkara yang makruh pula ialah sesuatu yang diberikan ganjaran pahala jika ditinggalkan tetapi tidak berdosa jika dilakukan sementara yang harus pula tidak membawa apa-apa implikasi sama ada dilakukan atau elakkan.