SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA

KAMI HANYA ORANG TENGAH

Kami hanya sebagai orang tengah yang mengutarakan isu ini

kami tidak menyokong dan tidak membantah

poster

Sunday, February 22, 2009

Apa itu Yoga?
YOGA, satu istilah yang sinonim dengan gaya senaman tersendiri. Jika dulu ia terbatas kepada kaum tertentu, kini pelbagai pihak cuba mengamalkannya kerana dikatakan mendapat ketenangan melalui senaman itu.Faktor kesihatan dan ketenangan yang diperoleh melalui senaman yoga menyebabkan masyarakat berbilang agama termasuk umat Islam tertarik dan melakukan aktiviti ini. Tetapi apa sebenarnya yoga? Kamus Dewan (Edisi Keempat) menyatakan yoga ialah sistem falsafah Hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan Tuhan dan mengheningkan fikiran (seperti bertafakur) melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran.Ia juga membawa maksud senaman pelbagai cara untuk menenangkan fikiran, seperti bertafakur, terutama satu siri senaman gerak badan yang bertujuan mewujudkan keadaan badan dan fikiran yang sihat.

No comments:

Post a Comment