SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA

KAMI HANYA ORANG TENGAH

Kami hanya sebagai orang tengah yang mengutarakan isu ini

kami tidak menyokong dan tidak membantah

poster

Sunday, February 22, 2009


YOGA…HARAM!


Majlis Fatwa Kebangsaan menyebut yoga yang diharamkan itu ialah ‘amalan yoga secara sistematik yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan.’
Di sini timbul soalan: apakah yoga yang diamalkan di negara ini bukan yoga yang sistematik dan menurut konsep asalnya yang merupakan satu bentuk meditasi dan memang berkait dengan amalan agama? Apakah ada konflik antara konsep dengan amalan?
Kalau yoga yang diamalkan di negara ini hanya semata-mata gerakan senaman dan langsung tiada kaitan dengan konsep asal, apa pula hukumnya?
Mungkin dalam hubungan ini apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu ada persamaan dengan satu gerakan seni silat yang dikenali dengan Nasrul Haq yang diharamkan pada 1970-an.
Meskipun pada tahap awal pengajaran seni mempertahankan diri ini didapati tiada sebarang kesalahan dari segi agama, konflik timbul apabila seseorang pelajar sudah menguasai seni tersebut sepenuhnya sehingga mereka mampu menumbangkan musuh mereka tanpa menyentuh musuh berkenaan secara fizikal.
Pengikut silat yakin kehebatan itu adalah mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka kerana tidak meninggalkan solat, sedangkan semua orang tahu bahawa lebih ramai ulama yang lebih taat bahkan Rasulullah sendiri tidak pernah diberikan mukjizat sedemikian. Akhirnya pengikut Nasrul Haq menjadi sombong, riak dan takbur.
Pengamal yoga juga mungkin boleh jadi begitu pada kemuncak pengembaraan mereka apabila mereka merasakan diri dan roh mereka sudah bersatu dengan Tuhan. Wallahualam.
Bagi penganut bukan Islam yang mengkritik fatwa berkenaan, mereka perlu menerima hakikat bahawa fatwa yang dimaksudkan itu untuk orang Islam saja. Mereka yang bukan beragama Islam tidak tertakluk dengannya.
Seperkara yang harus difahami ialah istilah ‘haram’ yang diguna pakai di sini adalah dalam konteks agama. Ia berbeza dengan kegunaan biasa dalam bahasa Melayu.
Untuk pengetahuan penganut bukan Islam, dalam Islam ada empat hukum asas yang menjadi pegangan orang Islam dalam kehidupan harian mereka, iaitu halal, haram, makruh dan harus. Perkara atau perbuatan yang halal adalah yang dibenarkan oleh syarak. Yang haram adalah yang dilarang sama sekali dan jika dilakukan jua, orang yang melakukannya berdosa.
Perkara yang makruh pula ialah sesuatu yang diberikan ganjaran pahala jika ditinggalkan tetapi tidak berdosa jika dilakukan sementara yang harus pula tidak membawa apa-apa implikasi sama ada dilakukan atau elakkan.

No comments:

Post a Comment